PRU 15 DAN COVID 19
Dua perkara ini sedang mencengkam kehidupan rakyat Malaysia dalam perbualan melalui maya setiap hari. Ianya amat memeningkan kepala dengan keadaan politik yang huru hara dengan berbagai berita palsu di mainkan setiap hari dan juga jumlah peningkatan kes Covid yang mencecah lima angka dengan ratusan yang mati setiap hari. Jumlah rakan dan sahabat yang dikenali meninggal kerana Covid makin bertambah tanpa henti saban hari. Ini yang membuat jiwa kita terseksa dibuatnya.
Saya berasa hairan kenapa kerajaan pula tidak mengambil tindak yang tegas terhadap pengedar berita palsu yang menambah bebanan kepada pemikiran rakyat yang cintakan keaamanan dan kestabilan politik Bagi mereka yang berpolitik pula tidakkah boleh memikirkan priority menjaga rakyat dan negara ini sepatutnya di utamakan bukan soal jawatan politik yang bersifat peribadi dan seolah olah ianya milik yang diwasiat kepada mereka oleh waris mereka.
Saya berdoa kepada Allah yang maha kuasa untuk memberi rahmat nya kepada rakyat Malaysia supaya 2 isu besar yang melanda negara sekarang ini diselesaikan dan negara di kembalikan kepada status asalnya.